Sunday, February 27, 2011

I AM NUMBER FOUR !

2 geng ajak sembang !
Tiga telah meningggal dunia. Siapakah nombor empat ??


Haaaaa meh cni orang kampung sekalian, ade cite baikk punyee nak kongsi sket ! tapiii teman nk cite dalam "english version " ! mariii layannnnnnnnnnnnnnnnn ~





I Am Number Four
      Three are dead. Who is Number Four? D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary teen, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.

I Am Number Four.

I Am Number Four.

I Am Number Four.
tu je teman nak cite !
byeeeeee ~

Tuesday, February 22, 2011

Tips Bercinta ~

0 geng ajak sembang !

Saya akan berkongsi sedikit tips bercinta bagi pasangan-pasangan yang sedang 
mencari cinta dan juga yang sedang hangat bercinta.


#1 Bercinta Kerana Harta
Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan harta.  Harta datang dan pergi setiap saat.
 Hari ini berharta, minggu depan belum tentu masih ada lagi harta itu. 
Tetapi hidup dengan kekayaan harta tanpa cinta juga tidak lengkap.
Cinta yang sesat boleh dibeli dengan harta, CINTA yang sejati tidak dapat dibeli 
dengan harta.



#2 Bercinta Kerana Desakan Asmara
Asmara itu bukan cinta dan sering kali disalah erti. Asmara boleh berubah mengikut
rupa, tempat dan keadaan. Cinta pula perlu diuji dengan suka dan duka dengan
mata yang terbuka. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji.


#3 Bercinta Kerana Desakan Usia
Apabila usia sudah meningkat dan ramai kenalan kamu sudah berkeluarga menjadi
satu desakan untuk kamu mencari pasangan. Hindarilah dari berbuat demikian kerana
Yakinlah dengan Tuhan. Sesungguhnya Tuhan telah merancang yang terbaik untuk 
kamu. Berusahalah untuk mencarinya. Pasti harinya akan tiba.

#4 Bercinta Untuk Membalas Jasa
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa. Janganlah kita membalas
budi seseorang dengan cinta. Kerana cinta yang tidak ikhlas dan berpura-pura akan
menyakiti hati kamu dikemudian hari. Kamu perlu elakkan dari bercinta sedemikian rupa
untuk mengelakkan derita. Banyak lagi cara lain untum membalas budi, tidak perlu
menerima seseorang yang bukan pilihan kita.

#5 Jangan Bernikah Untuk Kepuasan Seks Sahaja
Seks itu hanya sebahagian dari pernikahan. Orang yang hanya memikirkan kenikmatan
seks akan kecewa dan terjerat dengan kesusahan yang dicari sendiri.





#6 Jangan Bernikah Kerana Desakan Keluarga
Menghormati kedua ibu-bapa itu perlu. Tetapi jika mereka memilih calon yang bukan
pilihan kamu, tolaklah dengan cara yang penuh hikmah. Beri penjelasan kepada mereka,
jangan gunakan kekerasan.

#7 Jangan Bernikah Kerana Desakan Usia
Bersabarlah dalam mencari pasangan hidup anda. Yakin dan percaya pada Tuhan bahawa
akan tiba masanya jodoh yang baik untuk kamu. Teruskan berusaha. Perkahwinan bukanlah
untuk sehari dua, tetapi perlu disemai dan dibajai kesuburanya sehinggalah akhir hayat kamu.

#8 Jangan Bernikah Kerana Kasihan
Rasa kasihan kepada orang lain itu baik. Tetapi jangan gadaikan CINTA kamu kerana hanya
kasihankan seseorang. Dasar pernikahan adalah kasih, tetapi bukan kasihan.



p/s :Sekadar berkongsi kepada anda semua! 
Jika rasa artikel ini baik, boleh disebar-sebarkan.

Monday, February 21, 2011

jom join FACEBLOG !

0 geng ajak sembang !
Mari kawan kawan mari dengar ini cerita. pada sume blogger blogger mesti anda blom tahu mengenai faceBLOG kan ??


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit


anda berminat? KLIK JE KAT SINI. * TEKAN *



kalau FACEBOOK berwarna biru,
kini FACEBLOG  warne pink.
suka bangat seyh pink pink ni!
hahahaha~


mari la beramai ramai memeriahkan suasana FACEBLOG !  tq.

Monday, February 14, 2011

HAPPY VALENTINE'S DAY

0 geng ajak sembang !
hari ini 14 FEBRUARI....."HAPPY VALENTINE'S DAY". msti korang ingt tajuk entry tu sbb sy sambut valentine kan ??anda salah !! tak baik sambut tau tak ustazah sy cakap.itu hanyalah perayaan org barat aje. bukan perayaan kita! buat ape kita nak tiruu kan ??



SAY NO TO VALENTINE !!

 : ihsan dari cik iluvislam.com 


lupekan pasal entry di atas. 
dari duk sajesaje tade keje nak buat alangkah indahnye kalau berangan angan mat jenin kann ?? sebenarnye ade cerita yg ingin diangan angan kan walaupun tak menjadi kenyataan kann.
 dreamm on fyka ! hahahaha :p



Hari ni nak cerita pasal impian lamaran nanti :

1. Ada kawan saya, dia punya husband-to-be masa tu, dan sekarang dah jadi husband and wife la. Masa mula-mula dia dilamar, husband dia bagi kek, kat mak yang girl ni. Di atas kek ditulis "Ingin memetik bunga di taman" Wah, nice haa...siap ada sejambak bunga ros merah. Pikat mak dulu baru la dapat anak nya. (macam iklan silkygirl dafi bagi flower kat mak sharifah amani!)

2. Dulu pernah tengok satu cerita Korea ni, yang lelaki ni propose dia masa candle light dinner, biasa orang bagi cincin kan? Tapi yang ni dia bagi rantai kaki emas putih. Bila rantai kaki, faham2 lah yang lelaki kena la melutut masa nak pakaikan kat si gadis yang sedang duduk di kerusi makan tu. ;) Sweet!

3. Ramai yang buat propose si gadis dengan selit cincin dalam sejambak bunga ros putih dan dalam banyak2 bunga ros putih tu, ada tiga kuntum bunga ros merah yang bermaksud " I love You". Tapi, nak tahu rahsia tak. Saya tak suka bunga! Segala jenis bunga. ;p (tapiii yesterday for the first time in my life i got the flower from him . terharuu gyle! )

4. Design sendiri cincin engagement / kahwin macam Yusry pernah buat masa lamar Erra dulu. Ini sungguh mengagumkan dan menunjukkan dia benar2 bersungguh nak memiliki hati si gadis tu!

5. Tak perlu lah nak kena pakai baju tuksedo atau ber'tie' untuk candle light dinner dan saya yakin ini akan buat si gadis rasa sangat bosan dan "sakit mata". Candle light dinner tak bermakna makan di restoran mahal dan perlu ada lilin okay. Make it special dari makan pada hari2 biasa.(makan kat warung tepi jalan pon boley . hahaha~)

6. Berangan gak macam nak spent time holiday kat tempat2 best, borak2 kat padang yang luas dan kemudian dayung sampan kat tasik sambil bagi ikan makan. Lelaki lak memancing la konon, sekali angkat2 mata kail tu ada cincin. Wah, berisiko jugak impian ini. Buatnya ikan makan cincin tuh? Hahaha...

7. Dulu pernah ada ngayat melalui ym, saya tak kenal pun dia tapi dia hantar kan lagu dan dia mainkan gitar sendiri, nyanyi lagu "Istimewa" dari Indigo. Sekali tu je, kemudian dia missing in action. Salah orang kot? hahahaha! Takpe, best dia akustik lagu tu. ;))

8. Ada baca kat blog somebody ni (lupa dah), dia pergi tengok wayang "just not into you" masa tu, habis je cerita tu, kan sepatutnya lampu cerah kan, sekali tu lampu gelap dan spotlight fokus kat this girl, slide show pulak tunjuk slide gambar kapel ni. Rupa2 nya lelaki tu punya plan propose si gadis. Tergamam si gadis dan terima lamaran tu. Penonton lain pulak bagi kerjasama la masa tu even tak kenal. Sweet gak. ;)) (tengs coz bagi curikk tiz statement from ur blog ! heeeee~)

9. Ingat tak beberapa tahun lepas, ada satu signboard kat satu highway ni, lelaki ni sewa billboard tu semata2 nak letak muka dia siap bertuksedo hitam, pegang cincin dan ada kata-kata "(nama si gadis), will you marry me?" orang kaya leh laa, sewa 1 hari dah 20k kalau tak silap. Hehe...Tapi gempak sebbab tak pernah orang buat. Kreatif. (kalau kaya bley la wat cmni kan ?)

10. Tapi out of semua belum tentu jadi kenyataan, mimpi saje boleh la. Baca, hayati dan betul la, "saya pun nak bakal suami yang macam ni!" kalau bole ? kan . sape yg tanak beb !




Best kan?
Berangan2 di awangan...
Impian macam ni belum tentu
jadi kenyataan.
hehehehe  ;p

Friday, February 4, 2011

Nak Tahu ?

0 geng ajak sembang !

Gong Xi Fa Cai !! wah titibe plakk kan...hehehe...sebenarnye ade kesah nak diceritakan sepanjang cuti seminggu ni....tapi korunk nak tahu tak ?? betul ? sure ? tak menyesal kalo dah tahu ??



sebenarnye .........





................



.....................



....................................








...............................................................







AKU BOSAN !!!



oke ! itu saja kesah nak cite.
jangan marah yee.
nanti cepat tua !
hehehe.....bye~
peeeeppppss *


Tuesday, February 1, 2011

Hang Out !

2 geng ajak sembang !
cuaca hujan aje kan ? haaa ari ni oke sket walaupun awan kejap cerah kejap gelap kan....kuar tetap kuar ! plan nye nak kua berdua with Nabila Izyani a.k.a Bella (kwn2 UKM die yg pnggil cmtu tp sy tak, still cam skola dulu EILA !) hehehe merepek jap.... berbalik kepada topik tadi, pada asalnye eila xmaw kuar, pujuk memujuk bagai akhirnya die maw juga tapiiiii. tapi ape ? nabila najwa and the geng pon ajak die kua gak ! then we all decice kua togheter la sbb da lame tak jumpe dorng gak since last jumpe pon form 5 dulu. (lame weyh !). SELAYANG MALL ! itulah destinasi kami semua plan. yg lain sume dari selayang tapi kesian kat nabila najwa coz jauh2 dari shah alam (tabiikkkk la demi kawan2 jaoh jaoh pun tetap dtg.).ingatkan xramai tp ade la kat 7org join the grup. ahli ahlinye adalah (shameera , sue , nabila najwa , nabila izyani , shameer ,que & saya !) antara aktiviti yg sempat kami lakukan  :


- main game (macam kanak2 ribena da..hehehe ;p)
-bowling (i'm the winner ! winkwink* saje nak kecoh. hahaha )

oke malas da nak cite panjang lebar ! tgk aje la pics kami2 ni oke ? :)





























seronokk sangat wlpn jumpe kejap je....
next time hang out ag !
peeeeepssssss *


Bila Saya .....

2 geng ajak sembang !


Bila saya...

Jadi gadis, saya nak :
- Jaga diri baik2
- Elak dari kenal lelaki2 durjana
- Jaga kehormatan diri dan keluarga
- Berkawan dengan ramai orang yang tak rosakkan masa depan saya
- Jaga maruah agama dan pemakaian.



Jadi anak perempuan, saya nak
- Tengok mak ayah saya gembira
- Tak nak mereka susah hati dgn kesilapan saya
- Sentiasa jaga hati mereka, tak nak lawan cakap
- Sentiasa balas jasa mereka, dalam apa jua cara
- Bantu mereka dan cuba, cuba, cuba bahagiakan mereka



Jadi menantu perempuan, saya nak
- Hormat ibu bapa mertua saya macam ibubapa sendiri
- Buat mereka rasa senang dengan kehadiran saya
- Elakkan dari benda2 yang buat mereka kecil hati
- Beradab dan ringankan beban mereka
- Jaga hati mereka, kalau terguris, nak cepat2 minta maaf
- Saya takkan suruh mak mertua saya itu ini yang melampau



Jadi isteri, saya nak
- Jaga bakal suami baik2
- Sediakan makan pakai dia
- Elakkan bertengkar, susah senang bersama
- Bantu bila susah, erat bila senang
- Elakkan dia cari lain! Hahaha...



Jadi kakak ipar, saya nak
- Berbaik2 dengan ipar duai lain
- Bagi contoh yang baik
- Elak perselisihan faham



Jadi ibu, saya nak
- Didik anak saya dengan ilmu secukupnya
- Ajar ilmu dunia dan ilmu akhirat
- Ajar bertutur kata2 yang sopan
- Ajar hormat kepada ibu bapa
- Ajar jangan rosakkan hidup orang lain


Jadi nenek, saya nak
- Terus memberi dan membantu anak2 dan cucu2
- Melihat kegembiraan keturunan
- Membantu mereka selagi terdaya
- Mengeratkan ikatan kekeluargaan untuk selama2nya...


InsyaAllah...
Ini belum cukup?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...