Tuesday, February 22, 2011

Tips Bercinta ~


Saya akan berkongsi sedikit tips bercinta bagi pasangan-pasangan yang sedang 
mencari cinta dan juga yang sedang hangat bercinta.


#1 Bercinta Kerana Harta
Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan harta.  Harta datang dan pergi setiap saat.
 Hari ini berharta, minggu depan belum tentu masih ada lagi harta itu. 
Tetapi hidup dengan kekayaan harta tanpa cinta juga tidak lengkap.
Cinta yang sesat boleh dibeli dengan harta, CINTA yang sejati tidak dapat dibeli 
dengan harta.



#2 Bercinta Kerana Desakan Asmara
Asmara itu bukan cinta dan sering kali disalah erti. Asmara boleh berubah mengikut
rupa, tempat dan keadaan. Cinta pula perlu diuji dengan suka dan duka dengan
mata yang terbuka. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji.


#3 Bercinta Kerana Desakan Usia
Apabila usia sudah meningkat dan ramai kenalan kamu sudah berkeluarga menjadi
satu desakan untuk kamu mencari pasangan. Hindarilah dari berbuat demikian kerana
Yakinlah dengan Tuhan. Sesungguhnya Tuhan telah merancang yang terbaik untuk 
kamu. Berusahalah untuk mencarinya. Pasti harinya akan tiba.

#4 Bercinta Untuk Membalas Jasa
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa. Janganlah kita membalas
budi seseorang dengan cinta. Kerana cinta yang tidak ikhlas dan berpura-pura akan
menyakiti hati kamu dikemudian hari. Kamu perlu elakkan dari bercinta sedemikian rupa
untuk mengelakkan derita. Banyak lagi cara lain untum membalas budi, tidak perlu
menerima seseorang yang bukan pilihan kita.

#5 Jangan Bernikah Untuk Kepuasan Seks Sahaja
Seks itu hanya sebahagian dari pernikahan. Orang yang hanya memikirkan kenikmatan
seks akan kecewa dan terjerat dengan kesusahan yang dicari sendiri.





#6 Jangan Bernikah Kerana Desakan Keluarga
Menghormati kedua ibu-bapa itu perlu. Tetapi jika mereka memilih calon yang bukan
pilihan kamu, tolaklah dengan cara yang penuh hikmah. Beri penjelasan kepada mereka,
jangan gunakan kekerasan.

#7 Jangan Bernikah Kerana Desakan Usia
Bersabarlah dalam mencari pasangan hidup anda. Yakin dan percaya pada Tuhan bahawa
akan tiba masanya jodoh yang baik untuk kamu. Teruskan berusaha. Perkahwinan bukanlah
untuk sehari dua, tetapi perlu disemai dan dibajai kesuburanya sehinggalah akhir hayat kamu.

#8 Jangan Bernikah Kerana Kasihan
Rasa kasihan kepada orang lain itu baik. Tetapi jangan gadaikan CINTA kamu kerana hanya
kasihankan seseorang. Dasar pernikahan adalah kasih, tetapi bukan kasihan.



p/s :Sekadar berkongsi kepada anda semua! 
Jika rasa artikel ini baik, boleh disebar-sebarkan.

0 geng ajak sembang !:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...