Saturday, May 14, 2011

Bertuahnya Menjadi Wanita

0 geng ajak sembang !


Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT
.
20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

*Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.


special HB !

2 geng ajak sembang !


"Alhamdulillah , 21 tahun dah hidup muka bumi yang 

bertuah ini.... thanks ye sume yang wishhhhh. love u 

all ♥♥♥



  • bawak bertenang ye kawan2....yeee tahu2 bufday sy lambat lagi.....sebenarnye ucapan di atas adalah ungkapan yg diciplak dari fb seseorang ! jgn marah haa.... HEHEHE :)
  • tanggal 14 MEI 1990 lahirlah putri bongsu kesayangan family nye yang amat comel dan cantik . ermm baby girl yg sngt cute . *weeeee ~
  • sekarang ,pada 14 MEI 2011 genaplah usia putri tersebut 21 tahun ! hrmmm cepat sungguh masa berlalu kan ? 
  • ermmm macam cite dongeng pulak . huhuhu.  awok2 sume mesti nak tahu siape yg sy maksud kan kan kan ??sabar dulu....mesti awok2 sume da tahu sape kan ? ce teka ce teka ! hahahaha~




ini die org yg sy maksudkan...... SITI SYAWALHANA . 


gadis yg sangat cantik, menarik, kau memang DA BOOMM ! hehehe :)


cik cawal bersama BB wma kesayangannye....
sentiasa tabah jangan sedih2 ok sygku....sy tahu awak kuat utk hadapi semua ni.
andai ade jodoh kamu pasti bersatu ! insyALLAH :)


time ni cik cawal bwk sy pusing2 taiping...mekasih ye pakcik ibrahim coz izinkan sy bermalam dirumah .
 nnti bole la sy datang lagii . hehehehe :)



ni saat terakhir kami lepak....bercuti kat telok batik ! sy suke angkat cik cawal...sebab die ringan je....
 rindu awak sangat2 bile bole ketemu lagi ?  :(



 ni nak tnye sket...ce perhatikan muke kami sama ke ?? kami pun pelik rase nye xsama....setakat ni ade la bape orang orang ramai cakap kami macam adek bradik sbb muka sama . ye ke ? 
ermm tafsiran org macam2...so LU PK LA SENDIRI. hahahaha :)




 cake ni special utk awak cawal....ur feveret colour PURPLE rite ?? wlpun xdpt nk bagi kek betul2 gambar kek pun jadi la eyy. hehehe :)


"sebenarnye nye entry ni special sy buat utk sahabat kesayangan sy yg menyambut ulangtahun kelahirannya yg ke 21. semoga awak panjang umur dilimpahkan rezeki olehNYA . sy doakan awak berjaya dalam hidup dan jadi lah anak yg solehah. aminnnn."



HAPPY BIRTHDAY siti syawalhana !!




Tuesday, May 3, 2011

Sedetik Lebih

2 geng ajak sembang !

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
 selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



luv tiz song so muchhh !
lirik2 nye sngt bermakna .
i love you MUHAMMAD SHALAHUDDIN .



Saturday, April 9, 2011

CUN :)

0 geng ajak sembang !

     Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
     Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna.
     Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat. Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas.
     Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’



jom layann gambo2 kat bwh ni :)










sape yg blom tgk tu,
bwk2 la diri ke pnggung wayang eh.
rugi kalo tak tgk.
sbb cite ni mmg best.
kalo yg part sedih tu mmg sedih betol
 smpai meleleh air mata ni,
part yg comel2 sweet2 tu
 alahaiiii suke je tgk kan .
k la tu je nk cte.
byeee :)


Thursday, April 7, 2011

FINAL EXAM.

0 geng ajak sembang !

examm ?? OMG ! i HATE tiz part so muchhyy ~

disebabkan ini final sem so sy kene bertungkus lumus utk study berhabisan2 ! huh ! ta sukenyeee. tapi demi inginkan mase depan yg cerahh lagi terang bersuluh sy kene berusaha besungguh sungguh. 


wlpun study tu agak membosankan sy perlu hadapinye ddengan tabah ! cewahhhhh ta bole bla kann ?

study cmni bole gyle kan ?? sampai kutu kutu kat atas kepala sume gugor jatoh bertaburan kat buku abes . so kutu la yg study kan ?? (tapiii naseb bek sy tade kutu.)





tapii kan bz gyle baban mcm mane pon mukabuku tetap on9 jugak ! muka BUKU ! buku la jugak tu kan ??? kena la study jugak. hahahaa~




emm syok je tgk kwn2 da konvo ! bile kaw nak grad ? study pon malas ! so study study jgn fesbuk aje. aiyaaarrrkk ~




gudluck to u all yg nak final exam. doakan terbaikk utk sy jugakk . oke la sy suda ngantok ! mau TIDO. penat gyle study ari ni. poyo je kan ? HAHAHAHA ~


with love <3

HANGOUT DAY !

2 geng ajak sembang !
we all classmate. slalu together. tapiii kami tak penah hangout weekend toghether.
 slalu pas abes class mule la pegy mengulat kemane2. hahaha !
 al-kisah ini bermula apabila si budak kecik mazura tetibe mengajak kami ke JJ kerana beliau kebosanan , first time beb kua weekend sesame ! aktiviti kami adalah jenjalan yg penting KAROK smpai 2jam beb ! fuhh malatop kalah artis fofular ! ptg menjelang kami gerak ke taman botani utk menikmati keindahan dan kehijauan suasana disitu.
 malas nak ce cite ce cite lebey ,

 moh le layannnnn gambo2 berikut ~


tggu turn nak karok !

yeaaa dapat karok jugak !


begambo ngn mic pon jadi le kan ? hahaha.


them love me ! jangan jeles okeh !

karok la gak walau sore tak sesedap ct nurhaliza ~

yaaa ini die logo kebanggaan taman botani. ECO PARK ! tapi maaf eco je yg ade. park da ke crop. hehehe~


sy yg paling pendek ! percayalahhhhhhh~

adoiii baru nak berenang tapi ta boleyy plak dah !

ini kesayangan saya. sayang mereka ! muaahhhh ~


happy sangat,
tak tau bile boley hang out cmni ag
bile kite semua da abes blaja nanti  :(
hope dapat jumpe ngn u all lagi pasni.
that all !
with love <3

Sunday, March 13, 2011

!!! Contest Study Cun !!!

3 geng ajak sembang !
cam best je contest ni...saje nak join sbb ni last sem nak abes dip dah..so xtaw ag bile ade pic nk study2 ....so ape ag jom la join ramai ramai !



Nak JOIN ??
Sooo.. Ini SYARAT-SYARATNYA :

1 ::  Jadi FOLLOWER untuk BLOG shikinbudakbaik and  
FOLLOWER BLOG mydearcantik seyrasuhaira

yg nie wajib sbb kami nak meraikan follower dan bakal-bakal follower kami

2 :: Buat satu entry bertajuk 
"" !!! Contest Study Cun !!! ""
Letakkan BANNER kat atas tu dan LINK KAN ke entry sticky post ini.

LETAK kan skali banner tu kat side bar korang..

3 ::  Letakkan satu gambar yang ingin dipertandingkan ::

spesifikasi GAMBAR dalam konteks STUDY ialah  ::

::  ada muka korang
::  tyme2 tengah study
::  OR  tyme meeting 
::  OR discussion
::  OR  tyme tengah ajar adik
:: OR  tyme ajar ngaji anak-anak pun boleh

Janji gambar tu tunjuk korang ngah study or dah lepas study or rehat kejap dari study ..
4 ::  kawan-kawan letaklah sikit Caption atau ceritakan sikit pasal gambar tu.

5 :: TAG kepada sekurang-kurangnya 2 orang rakan n pastikan mereka tahu Contest nie.
nak tag lebih pon boleh.
di alu-alukan..

6 :: Tinggalkan LINK entry penyertaan contest kat ruangan comment nie.
kami akan terjah one by one kay.


TARIKH TUTUP ialah pada ::   11:59 malam , 5th APRIL 2011,SABTU


## Hadiah akan diberitahu next week sbb KAMI nak shopping minggu depan ##


Gambar yg dipertaruhkan ialah :




study last minit...jgn tiru okeh. hahaha...
berusaha sebaik mungkin tgk muke agak serius cam tahan gelak je kan ?
:PRODUCTION, subjek yg kira2 agak pelik sebab kene wat bulat2 kotak2 ! aduhh .
LOKASI : mcDonalds ~


that's all ;)



sy tagging tagging kan mereka !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...