Wednesday, June 22, 2011

10 lelaki idaman setiap wanita ...

assalamualaikum.


setiap wanita pasti idamkan lelaki yg betul2 menepati citarasa .
 'NORA ELENA' sape yg tak tengok kan ?
 sume impikan lelaki macam SETH TAN tu betol tak ?
 setakat nak lelaki yg romantik je xcukup.




So kat sini ade 10 ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita yang sepatutnya menjadi idaman :



1. Pilih yang baik dan beragama

Lelaki yang sayangkan agamanya pasti akan sayang keluarganya. Agama ni penting dalam hidup kita sebab agama ni pegangan hidup. takde agama takde la pegangan hidup kan? Paling-paling pon lelaki tu biarlah yang menjaga solat tak kira la busy macam mane pon. So yang paling penting sekali, tengok agamanya. Boleh ke nak dijadikan pemimpin dalam keluarga. Boleh ke nak pimpin anak isteri ke syurga nanti?

2. Pilih yang sabar dan penyayang

Kriteria yang ni pon penting jugak bagi saya. Tapi kadang-kadang masa bercinta penyabar je. Dah kawen baru nampak panas barannya. Bukan la kata penyabar tu kalau pompuan buat salah pon terima dengan senyuman. Takkkk! penyabar boleh tapi biar bertempat dan jangan sampai kepala dipijak pompuan. Jangan la sebab salah sikit nak mengamuk. Lagi pulak yang sampai naik tangan kaki. Mintak simpang malaikat 44.

3. Menjaga perhubungan

Mase bercinta, memang la semua indah. Sayang tinggi melangit. Sampai sanggup serahkan segalanya. Kita manusia sentiasa melakukan kesilapan. Tapi sebenarnya, lelaki yang baik tak akan mengambil sesuatu yang belum menjadi hak mutlaknya.

4. Hormat orang tua

Yang ni paling penting. Kita mesti nak lelaki yang bukan saja hormatkan orang tua dia tapi jugak orang tua kita. So time bawak datang rumah tu, tengok betol2 die hormat ke tak orang tua kite.

5. Yang memahami dan boleh menegur

Kita memang lah nak lelaki yang penyabar. Tapi jangan lah sampai kalau kita ade buat salah pon takut nak tegur kan. Tu yang jadi kes 'queen control' tu. Seharusnya lelaki yang baik untuk dijadikan suami adlh lelaki yang boleh mendidik dan menegur. Tapi mestilah kena dengan caranya kan. betul tak ?

6. Tak berkira dan tak suka mengungkit

Kalau dapat lah lelaki yang suka berkira dan mengungkit ni memang makan hati. Saya sendiri pernah ade pengalaman. Kalau dah belom kawen nampak perangai berkira dan suka mengungkit, dah kawen nanti macam mane? euwh, yg ni memang kena elak.

7. Ego tinggi melangit

Ego memang la penting bagi setiap lelaki. Tapi kalau boleh biarlah berpada-pada kan. Nak tinggi-tinggi sangat ego tu bawak ke mana? karang lepas kawen konfem makan hati.

8. Bertanggungjawab

Yang ni pon penting. Kita boleh tengok sejauh mana die bertanggungjawab kat family dan adik beradik dia. Kalau boleh carilah lelaki yang boleh menjaga keluarga dan bertanggungjawab kpd isteri and anak-anak nanti.

9. Matang

Matang ni merangkumi perbuatan dan pemikiran. Macam mana nak jadi suami yang baik kalau pemikiran pon kebudak budakan. macam mana nak bimbing isteri dan anak-anak kalau diri sendiri tak reti nak berperangai matang.

10. Kewangan yang kukuh

Duit tak mampu membeli kebahagiaan. yes, exactly! Tapi kehidupan memerlukan duit. Kalau lelaki tu betul2 sayangkan kita and serius nak jadikan kita sebahagian dari hidupnya, die kenalah sentiasa mengukuhkan kewangan demi kesenangan anak isteri nanti. Tak semestinya kena jadi kaya raya smpai nak cari anak datuk ke anak raja ke kan ?. cukup la sekadar mampu penuhkan keperluan keluarga. itu yg lebih baik .




-----------------------------------------------------------------
agak panjang lebar entry kali ni.
mesti korang xlarat nak baca kan ?
tp tengs la sape yg sudi bace .
---------------------------------------------------------


* SHARING IS CARING *
BYEBYE ^_^


0 geng ajak sembang !:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...