Wednesday, August 10, 2011

Birtday WishList

5 geng ajak sembang !
Assalamualaikum ...

setiap tahun mesti nak hadiah .
semestinya dari parents . (tak malu kan mintak hadiah ??)
selalu hadiah suke hati la ape org nak bagi , ini siap mintak lagi nak hadiah hape kan . hahahha tak patot betol engkau ni fyka .


tahun lepas , mintak moto kat mama finally tercapai .
thanks mama :)
*abaikan model moto tak berbayar tu . hahaha


so tahun ni nak ape eyy ?? 
banyak sngt ade lam kpale otak ni , 
kalo mintak sume agak melampau jugak la kan ?? haiihhh =.=



ni wishlist my birthday tahun ni . tak banyak ade 3 jee :


1 . CINCIN
da lame bekenan cincin sebijik macam ni kat LAZO DIAMOND . 




2. HENPON
 
agak melampau kalau mintak NOKIA E6 ni kan ??
 merata kedai fon pegi usha fon ni , siap tnye brader tu lagi , last2 bukan beli pon. hahaha
niat nak keje nanti kumpul duit gaji nak beli fon ni , hope ujung tahun dapat la beli .
*guna duit sendiri ok . taknak mintak2 da , engkau da besar , bukan budak kecik lagi .



3. DEGREE
BM229 - Bachelor of Business Administration (Hons) Islamic Banking
impian terbesar ! kalo dapat , inila hadiah paling bermakna .
 ini tak bole mintak2 kene usaha sendiri , hope i will get it . same2 doakan oke :)


BYEBYE^^


Tuesday, August 9, 2011

Pantun Sakit Hati

0 geng ajak sembang !
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap




agak2 korunk nak tergelak ke sakit hati baca pantun ni ??
terpulang kat korunk la , 
mana mana pon bole .
kalo aku nak tergelak pon ade .
hahahaha

BYEBYE^^

Monday, August 8, 2011

edisi spesel

2 geng ajak sembang !

Assalamualaikum .

mencari followers ke 100 yg bertuah .
akhirnya ditemui .

ermmm tapi tak tahu sape , bole tak tinggalkan link anda kt  "talk talk"  sy punye tu ??
sy tidak menjumpai blog anda . maaf .
pape pon thanks kerana berjaya jadi followers sy yg ke 100 .

tak percaya ??

 yg pasti SI KACAK !  :)

tgk ni ....

* nonin aleh *


thank yawww !
nah hadiah cekelat seposen . hehehe :)

BYEBYE^^

edisi khas .

2 geng ajak sembang !
Assalamualaikum .

mencari followers ke 100 yg bertuah .

: now 97 followers , only 3 lucky person to 100 followers .
(speaking london la pulakk , hadoii ~)


kepada yg bertuah , 
akan ade satu entry khas utk anda 
kerana bertuah menjadi followers fyka yg ke 100 .


si kacak atau si cantik ??
nak tahu sape ?? 
sama sama nantikannya .

BYEBYE ^^

Sunday, August 7, 2011

6 Ciri Blog yang Bagus

0 geng ajak sembang !
assalamualaikum .



" Blog merupakan medan untuk kita menyampaikan pendapat peribadi kepada target tertentu di samping sebagai medan untuk mempromosikan sesuatu produk. Blog yang bagus ialah blog yang bukan sahaja dapat menjana unik visitor yang banyak setiap hari tetapi yang lebih penting jumlah komen yang diterima apabila entri baru diterbitkan juga banyak. " 

blog sy pun tak berapa nak bagus , so nak kongsi kat korg 6 ciri-ciri blog yang bagus . mari la sama sama buat pembaharuan atau upgrade blog anda jadi lebih bagus :) 




  • Header memainkan peranan yang sangat penting sebagai simbol atau trade mark sesuatu blog. Cuba bina header yang mempunyai gambar yang spesifik seperti apabila pengunjung ingin melawat blog Justkhai, maka mereka akan teringat gambar gitar dan bila orang teringat blog Ben Ashaari, maka mereka juga akan teringat gambar lelaki muscle yang macho. Elakkan hanya membuat header yang ada perkataan sahaja tanpa ada grafik.




  • Jangan buat entri yang panjangnya berjela-jela macam novel ! Cuba ringkaskan sebaik mungkin. Pengunjung malas nak baca entri yang panjang kecuali pada perkara yang menarik seperti Mata Dajjal terdapat pada Mid Valley contohnya. Penggunaan point atau nombor adalah digalakkan dan banyakkan entri pasal ciri-ciri, langkah-langkah, dan cara-cara kerana ia amat bermanfaat pada pengunjung.




  • Rata-rata pengunjung tidak suka pada word verification kerana ianya amat menyusahkan dan membuang masa. Jadi, penggunaan word verification pada comment box adalah tidak digalakkan. Kalau nak buang, sila pergi ke setting dan cari di bahagian comment.




  • Penggunaan pop up window comment box amat mudah dan cepat. Jadi, sila ubah setting cepat-cepat ya! Kalau nak ubah, pergi ke setting dan klik comment.




  • Penggunaan widget seperti jam, kalender, status ip pengunjung, lagu dan widget yang bukan keperluan blog adalah tidak digalakkan sama sekali. Selain memlambatkan page loading, ia juga sudah menghilangkan tumpuan para pengunjung pada perkara yang lebih penting. Kalau nak letak juga, Myspace adalah tempat yang terbaik!




  • Akhir sekali, jadikan blog anda friendly user. Tambahkan google translate, search, back to top, read more dan sebagainya. Penggunaan chat box adalah mengikut citarasa anda sendiri kerana rata-rata chat box kini digunakan untuk mempromosikan produk, blog, dll. Dan yang lebih penting sekali, isi blog harus lain dari yang lain. Entri yang lain daripada biasa akan dapat perhatian yang lebih dari pengunjung.







  • SHARING IS CARING
    BYEBYE ^^





    BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI

    7 geng ajak sembang !
    Assalamualaikum ..

    Santai Bersama BEN ASHAARI

    rase macam da lambat tahu , sebab baru on9 . tapi rase masih sempat sebab segmen ni tutup kul 12 malam ni . so ade masa lagi nak join jugak . hehehehe

    latar belakang blog ni ?

    mula berjinak jinak sekitar november 2010 . 
    agak macam kanak2 tadika sebab tak tahu cmne nak gune blog ni .
    semakin hari semakin se serius yg mungkin merajinkan diri 
    search tutorial2 yg bersepah kat google tu , 
    Pooopppsss !!
     maka terhasil la blog yg just just nice ni :)


    mana dapat tahu mengenai segmen ini ???

    segmen abg ben kan ?? soo mesti la dari blog abg ben .

    tak percaya ?? haa korang bole tgk sini BEN ASHAARI






    : SENARAI BLOG YG DITERJAH . mari kita lihat siapa yg kenaaaa . hehehe ^_^

        blog ade bird bird yang cute . tak percaya ? haaa pergi link tu tgk sndri . hehehe
        buta + pekak + bisu = cinta   
        blog pecinta hello kitty . comell :)  
       pecinta k-POP . makwe Lee Min Ho . tak percaya ?? haaa g tanye tuan blog tu sendiri .        
        woottt wooottt " theme blog kami same kaler , black pink . cantikkkk  ^^
        junior smk darul ehsan . hehehe :)
        sape nk tgk menjelajah dunia boleh pergi blog ni . hehehe .



    setakat ni dulu sesi terjah menerjah .
    akan diupdate lagi sehingga kul 12 nanti . 

    BYEBYE ^_^

    Wednesday, August 3, 2011

    7 things in my bag !

    2 geng ajak sembang !
    Assalamualaikum...

    bulan2 pose ni kepale otak xtawu nk post ape , titibe je tepikir nk kongsi barang2 yg slalu aku carry kemane2 aku nk pegi . 7 barang wajib ni penting kene ade slalu dalam beg , kalo tidak susah la beb !


    tengok ni banyak kan barang ??? ishh...ishh...ishh..



    >> let's check it out 7 things in my bag !

    1. purse ni wajib sebab macam2 ade dlm ni , (next time aku share ape yg ade dlm purse aku ni eh)


    2. henpon ni kalo takde susah la nk sms org tersayang kan ? 
    (tengs awak coz bagi birthday present last year nokia c-6 ni , happy lompat-lompat tau tak ? hehehe ^^)



    3.  Eclipse mints - for my fresh breath .

    4. wet tissues - nak buang mekap time nak solat or kotor2 kene makanan bole cuci guna ni jugakk , jenama watsons aje yg mampu beli sebab murah , hehehe


    5. Miyami compact powder - semestinya nak cantik kan ??
     kasi cerah sikit muka yang gelap ni .



    6. vaseline lip essence advance - bibir selalu kering , 
    so inilah jalan penyelesaiannya ^_^


    7. Vaseline lotion - mesti ade MOISTURE , baru la best , 
    suka sngt guna lotion yg ni sbb bau SOYA , wangiiiiii :)



    :  itu aje nak merepek , kalo banyak2 nanti panjang plak cite ,
    korang plak xlarat nak bace kan ? huhuhu .



    . SHARING IS CARING .
    BYEBYE ^^

    Tuesday, August 2, 2011

    Ramadhan

    1 geng ajak sembang !

    Assalamualaikum 



    Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 blogger .

    ^_^












    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...