Sunday, August 7, 2011

6 Ciri Blog yang Bagus

assalamualaikum .



" Blog merupakan medan untuk kita menyampaikan pendapat peribadi kepada target tertentu di samping sebagai medan untuk mempromosikan sesuatu produk. Blog yang bagus ialah blog yang bukan sahaja dapat menjana unik visitor yang banyak setiap hari tetapi yang lebih penting jumlah komen yang diterima apabila entri baru diterbitkan juga banyak. " 

blog sy pun tak berapa nak bagus , so nak kongsi kat korg 6 ciri-ciri blog yang bagus . mari la sama sama buat pembaharuan atau upgrade blog anda jadi lebih bagus :) 




  • Header memainkan peranan yang sangat penting sebagai simbol atau trade mark sesuatu blog. Cuba bina header yang mempunyai gambar yang spesifik seperti apabila pengunjung ingin melawat blog Justkhai, maka mereka akan teringat gambar gitar dan bila orang teringat blog Ben Ashaari, maka mereka juga akan teringat gambar lelaki muscle yang macho. Elakkan hanya membuat header yang ada perkataan sahaja tanpa ada grafik.




  • Jangan buat entri yang panjangnya berjela-jela macam novel ! Cuba ringkaskan sebaik mungkin. Pengunjung malas nak baca entri yang panjang kecuali pada perkara yang menarik seperti Mata Dajjal terdapat pada Mid Valley contohnya. Penggunaan point atau nombor adalah digalakkan dan banyakkan entri pasal ciri-ciri, langkah-langkah, dan cara-cara kerana ia amat bermanfaat pada pengunjung.




  • Rata-rata pengunjung tidak suka pada word verification kerana ianya amat menyusahkan dan membuang masa. Jadi, penggunaan word verification pada comment box adalah tidak digalakkan. Kalau nak buang, sila pergi ke setting dan cari di bahagian comment.




  • Penggunaan pop up window comment box amat mudah dan cepat. Jadi, sila ubah setting cepat-cepat ya! Kalau nak ubah, pergi ke setting dan klik comment.




  • Penggunaan widget seperti jam, kalender, status ip pengunjung, lagu dan widget yang bukan keperluan blog adalah tidak digalakkan sama sekali. Selain memlambatkan page loading, ia juga sudah menghilangkan tumpuan para pengunjung pada perkara yang lebih penting. Kalau nak letak juga, Myspace adalah tempat yang terbaik!




  • Akhir sekali, jadikan blog anda friendly user. Tambahkan google translate, search, back to top, read more dan sebagainya. Penggunaan chat box adalah mengikut citarasa anda sendiri kerana rata-rata chat box kini digunakan untuk mempromosikan produk, blog, dll. Dan yang lebih penting sekali, isi blog harus lain dari yang lain. Entri yang lain daripada biasa akan dapat perhatian yang lebih dari pengunjung.







  • SHARING IS CARING
    BYEBYE ^^





    0 geng ajak sembang !:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...